MODEL TAKAFUL DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN
DOI:
https://doi.org/10.53840/ijiefer102Keywords:
Isu, Cabaran, Takaful Mikro, Golongan B40, Syarikat TakafulAbstract
Takaful merupakan satu instrumen kewangan yang menyediakan perlindungan berasaskan syariah kepada seseorang individu atau isi rumah apabila menghadapi sebarang risiko kewangan akibat kemalangan, sakit atau kematian dan sebagainya. Secara umum, jenis-jenis takaful di Malaysia terdiri daripada perlindungan takaful keluarga dan takaful am. Perlindungan-perlindungan ini mengaplikasikan pelbagai prinsip syariah seperti mudharabah, wakalah dan sebagainya. Namun begitu, kadar pasaran takaful di Malaysia masih di tahap yang rendah. Justeru, kajian ini memfokuskan mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat takaful dari pelaksanaan model takaful yang dijalankan di Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dalam mendapatkan data. Informan kajian ini terdiri daripada lapan orang pelaksana takaful yang dipilih di sekitar Lembah Klang. Hasil kajian mendapati isu dan cabaran yang timbul adalah melibatkan isu syariah, undang-undang, kos, operasi dan kesedaran masyarakat. Isu-isu ini dapat mempengaruhi perkembangan industri takaful di Malaysia. Diharapkan dapatan kajian ini memberi pencerahan dan input kepada syarikat takaful secara khusus dalam memperkukuhkan pembangunan industri takaful dalam usaha meningkatkan kadar pemilikan takaful di kalangan masyarakat Malaysia.
Downloads
References
Ahmad, M. K. (2018). Penentuan Benefisiari bagi Manfaat Takaful Berasaskan Konsep ʻUmrā dan Ruqbā: Penelitian dari Sudut Fiqh. INSANIAH: International Online Journal of Language, Communication, and Humanities,1(1), 14-30.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam. (2013). Retrieved 15 December 2021 from http://www.bnm.gov.my/index.php.
Alī MuÍyī , al-Dīn al-Qurrahdāghī (2005), Al-Ta’mīn al-Islāmī: Dirāsah Fiqhiyyah Ta’Îīliyyah, Bayrūt: Dār al-Bashā’ir al-Islāmiyyah, h. 203.
Ali, E. R. A. E., Odierno, H. S. & Ismail, A. (2008). Essential Guide to Takaful (Islamic Insurance). Kuala Lumpur: CERT Publications. 52.
Al-Mawrid, Ruhi al-Ba’labakki. (1997). Qamus ‘Arabi-Inklizi (Beirut: Dar al Ilm li al-Malayin, 1997). Vol 9, 897-354.
Ayaz, M., Saeed, M., & Ashraf M. A. (2020). Micro-Takaful by Takaful Operators in Pakistan: Problems and their Solutions from the Practitioners’ Perspective. Global Social Sciences Review, V(II), 523 – 540.
Bank Negara Malaysia (2012a). Laporan Takaful Tahunan. www.bnm.gov.my. Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia. (2012b). Rangka Kerja Konsep: Takaful Am. Retrieved April 16, 2022 fom https://creditbureu.bnm.gov.my/documents/20124/793834/booklet.bm.pdf.
Bank Negara Malaysia. (2021). Sektor Insurans dan Takaful. retrieved April 16, 2022 from https://www.bnm.gov.my/documents/20124/3026574/fsr2020h2_bm_ch2b_insurance.pdf
Bank Negara Malaysia. (2022). Syarikat Insurans Dan Pengendali Takaful. Retrieved April 16, 2022 from https://www.bnm.gov.my/takaful-operators.
Don, A. G., Puteh, A., Kawangit, R. M., Puteh, A, & Nasir, B. M. (2020). Pendekatan Filantropi Dakwah Dalam Membangun Kesejahteraan Masyarakat. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 1(1), 44-56.
Eldaia, M., Hanefah, M., Marzuki, A., & Shatnawi, S. (2020). Takaful in Malaysia: Emergence, Growth, and Prospects. ERN: Institutions in Markets (Topic).
Ghani, N. A. R. N. A., Adnan, N. I. M., Salleh, A. D., Yaacob, S. E., Yakob, R. & Redzuan, H. (2018). Analisis Hukum Penggunaan Dana Zakat untuk Pembangunan Model Takaful Mikro. Journal of Contemporary Islamic Law, 3(2), 28–36.
Ghani, N. A. R. N. A., Sabri, I. I. M., Yaacob, S. E., Adnan, N. I. M. Salleh, A. D., Yakob, R. dan Redzuan, H. (2019). Penggunaan Dana Zakat dalam Pembangunan Takaful Mikro: Satu Sorotan Literatur. Journal of Fatwa Management and Research, 17(2), 73–85.
Hadi, F.-S. A., Hussin, M. Y. M., Muhammad, F., Razak, A. A., Mahjom, N., & Ahmad, M. A. (2019). Tertiary Education Saving Patterns among Malaysian Parents. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciencesrnational, 9(9), 1166- 1175.
Hassan, R., Salman, S. A., Kassim, S. & Majdi, H. (2018). Awareness and Knowledge of Takaful in Malaysia: A Survey of Malaysian Consumers. International Journal of Business and Social Science, 9(11), 45-53.
Hassan, R., Yusoff, A., Asnawi, A. W. A. & Adnan, I. S. (2020). Takaful, Zakat and Waqf Instruments in Ensuring Holistic Senior Citizens Program Development in Malaysia. Journal of Islamic Finance, 9(2), 79–88.
Iqbal, I., & Ayaz, M. (2021). Enhancing Micro-Takaful in Pakistan. Journal of Finance and Accounting Research, 3(2), 44–58.
Kamal, A., Mohamad, A. A. S. & Mohamad, M. T. (2022). Model Strategi Penawaran Takaful Mikro di bawah Inisiatif Perlindungan Tenang. Sains Humanika, 14(2), 31–63.
Kamaruddin, N. A. S., Ishak, N., Hamzah, S. R., Halim, N. A. & Rasade, A. F. N. (2021). Analysis of Claim Ratio, Risk-Based Capital and Value-Added Intellectual Capital: A Comparison Between Family And General Takaful Operators In Malaysia. E-Proceedings of the 5th International Conference on Computing, Mathematics and Statistics (iCMS 2021). 387-395.
Kawangit, R. M., Don, A. G., Hamjah, S. H., Sham, F. M., Nasir, B. M., Asha’ari, M. F., Tibek, S. R., Ismail, Z., Endot, I., Puteh, A., Ismail, A. & Ghani, M. Z. A. (2012). The Management of Takaful Business Models in Malaysia Advances. In Natural and Applied Sciences, 6(4), 561-564.
Long, A. S. (2015). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Edisi kedua. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mikail, S. A., Ahmad, M. A. J., & Adekunle, S. S. (2017). Utilisation of zakāh and waqf fund in micro- takāful models in Malaysia: an exploratory study. ISRA International Journal of Islamic Finance, 9(1), 100–105.
Mustafa, A., & Rahman, A. A. (2015). Pengunderaitan Dalam Produk Takaful Keluarga Dari Perspektif Syariah: Family Takaful Product Underwriting From Shariah Perspective. Jurnal Syariah, 23(2), 235–254.
Noor, A. M. & Zakaria, M. S. (2010). Takaful: Analisis Terhadap Konsep dan Akad. Jurnal Muamalat, 3, 1-28.
Pasha, A. T. & Hussain, M. M. (2013). Takaful Business Model: A Review, A Comparision. Business Management Dynamics, 3(4), 24-32.
Rosele, M. I. & Johari, A. H. (2016). Aplikasi Takaful Model Wakaf Di Malaysia: Keperluan Dan Permasalahannya. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 2(1), 28-38.
Salleh, M. C. M., Razali, S.S., Laksana, N. N. M., Embi, N. A. C. & Abdullah, N. I. (2020). Developing a sustainable model of Waqf-based Takaful for flood victims in Malaysia, Journal of Islamic Accounting and Business Research, 11(9), 1941-1952.
Sha’aban, M. M. & Salleh, F. (2021). Does Nigerian Low-Income Families Need For Micro Family Takaful Scheme?. Journal of Contemporary Issues in Business and Government, 27(2), 52-58.
Thaidi, H. A. A., Rahman, M. F. A., Rahman, A. A. & Nazarie, W. N. F. W. M. (2020). Integrasi Takaful Mikro dan Zakat Dalam Mendepani Wabak Penyakit Berjangkit: Prospek dan Cabaran. E-Proceeding: Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS), 456-471.
Zakaria, M. Z., Salleh, A. Z., Hasbullah, M., Ismail, A. M., & Jalil, M. A. A. (2019). Exploring Waqf-Based Takaful Fund as Financial Aid for the B40 Group in Malaysia. Al-Shajarah, Special Issue: Shariah and Law as Catalysts for Global Peace,149- 167.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 International Journal of Islamic Economics and Finance Research

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.